CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 13, 2010

~Saya suka peria~





Peria.









Saya sangat menggemari. Masa ni la teringat kat masakan emak, teringat juga pada nenek yang suka makan peria mentah-mentah ( dijadikan ulam) saya pun turut mengikuti jejak langkahnya...hehee...


Selepas banjir yang berlaku pada akhir 2006, ntah mcm na ade pokok peria ni tumbuh belakang rumah. So, time 2 x yah nak beli peria.. Petik je.. Saya apa lagi.. Menjaga la pokok 2 seperti jaga pokok bunga depan rumah.hihhiii
(( padahal biarkan je dia membesar tanpa paksaan)).
Tapi apa yang saya hairan, bukan saya je yang suka makan peria nihh, monyet pun suka gak. Monyet2 yang sangat bertuah ni selalu mencuri peria. Saya kempunan. Terpaksa la beli gak kalu nak makan peria.....mmm...apa2 je...monyet2!

Apa yang saya nak share ialah fakta2 menarik tentang peria di mana khasiatnya sangat bagus untuk kita((baru je terjumpa fakta ni kat sajion9, selama ni tak tau pun.. )).
Antaranya:

  • Rendah kalori dan berfiber tinggi.
  • Mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese.
  • Mengandungi konstituen-phyto unik yang disahkan boleh member kesan hypoglysemik yang dipanggil charantin. Maknanya peria ni sangat bagus untuk sesiapa yang ada kencing manis atau diebetis.
  • Ada kompaun seperti insulin dikenali sebagai polopeptid P yang diberikan kepada pesakit diebetik.
  • Boleh mengubati taun pada peringkat awal.
  • Meningkatkan tenaga dan stamina.
  • Baik untuk mata.
  • Membersihkan dan memperbaiki hati yang bermasalah disebabkan oleh minum alkohol.
  • Membina sistem imun.
  • Mengatasi masalah buasir.

Tip mengenai peria:


  • Pilih peria yang belum masak dan masih keras
  • Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.
  • Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.
  • Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.
  • Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.
  • Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.

0 comments: