CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 28, 2010

KenAnGan DuLu2.....

Kenangan dulu2…sesuatu peristiwa yang aku lalui dalam hidup……betapa terseksanya aku menghadapi dugaan Allah yang Maha Agung.

Ternyata segalanya salah aku yang telah melakukan kesilapan dalam membuat pemilihan.

Atas nama cinta..aku lalui liku2 kehidupan aku bersama org yang mengharapkan kebahagiaan dr aku….tetapi hakikat yang sebenarnya aku tidak…n tidak selesa dengan kehadiran orang sepertinya dalam hidup aku ….

Aku mengharapkan segalanya berjalan dengan lancar…seperti yang diharapkan..segalanya tidak begitu mudah untuk aku hadapi…..segalanya teramat sukar…tersangat sukar untuk aku lalui segala dugaan ini…aku terseksa…..

Namun aku gagahi jua segalanya yang berlaku dlam hidup ini…………..

Kebanyakkan org menyatakan…… “ kita ni perempuan, kita kena cari orang yang sayang kita…..bukan kita sayang kat org”

Aku cuba mempertahankan kata2 org nih…….terlalu pahit rupanya kalu kita memberikan kasih sayang pada orang yang kita x suka..

Org kata gak “ perasaan sayang akan hadir dengan sendiri”

Tapi boleh ke dengan sendirinya perasaan 2 hadir……tanpa usaha yang berterusan…n mungkinkah perasaan yang sebegitu rupa akan membuatkan kita mencapai kebahagiaan???

Wednesday, January 27, 2010

Renungan buat semua......

Sedikit Renungan dicelah kesibukan kita setiap hari

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."


"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".


"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"



Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".


"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."


"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja".. "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."


"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."


"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"



"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".


"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.


"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"


"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".


"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"


"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."


"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"


"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.


"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."


PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS
." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."


"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"



"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"


Tuesday, January 26, 2010

lallalaallallaaaa

saya nak tulis....banyak sangat perkara yang menggembirakan saya n saya nak menulis kat blog nih........tapi saya tak taw nak tulis yang mana 1 citer yang saya nak citer....banyak sangat perkara yang membuatkan saya rasa bahagia...saya nak menulis.....tapi saya tersangat bahagia dengan semua perkara yang saya alami...huahahahha......hakikatnya saya bahagia dengan jalan yang saya pilih buat masa nih....dan saya kena ubah jalan hidup saya......tapi saya tetap bahagia sekarang...mmm...ape aku merepek nih....aduuuusss...budak kecik pun taw n lagi hebat ketika menulis.....hahaha...ape2 je lah.....yang penting saya tetap bahagia....choooww.....hihih


mira3!!!


x elok wat cm ni taw.....Hebatkah kuasa minda???


YES! tentu sekali.... saya mesti YAKIN.....


ape ni mira..........huhuhu...

FIKIR positif.....

dah3!!..

enough....stop here!

Kesimpulannya...saya bahagia???


saya kurang betul lah...hahahah...~~~gelak utk diri sendiri~~~

Friday, January 22, 2010

tips jauhi maksiat

  • Jauhi perkara yang menghampirkan diri anda kepada zina.

    "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan)~~surah al-isra':32~~


  • elakkan menyertai aktiviti yang melibatkan berlainan gender. Dari mana datangnya nafsu, dari mata turun ke hati....
  • Di dalam dewan kuliah duduk bersama rakan sejenis.
  • elakkan study ber2-2 an dengan rakan berlawanan jenis. eloklah study berkumpulan.
  • jangan keluar berdua-duaan dengan rakan berlawanan jenis, tolak sahaja permintaannya...selamat dunia akhirat..AMin
  • jangan sekali2 menjejakkan kaki ke tempat2 maksiat.
  • jangan berpegangan tangan dengan kekasih.
  • paling penting~~ setkan dalam minda~~


    Jika lelaki itu sanggup melakukan dosa dengan memegang atau meraba tubuh anda, jangan harap dia akan menjadi bapa yang bertanggungjawab kepada anak-anak anda kelak.


~~~rahsia cemerlang IPT, DATO' DR. HJ. MOHD. FADZILAH KAMSAH~~~

Monday, January 18, 2010

bersabarlah dgn ketentuanNya

Friday, January 15, 2010

KiSah A rNab yaNg SoMBonG

Pada suatu hari, arnab mengajak kura-kura untuk berlumba lari bersama. Tujuan arnab berbuat demikian adalah untuk memperlekehkan kura-kura yang berjalan terlalu lambat. Setelah pertandingan dimulakan, arnab memecut dengan pantas meninggalkan kura-kura jauh di belakang. Setelah beberapa ketika, arnab berasa penat dan berhenti berehat di bawah sepohon pokok. Dia dengan megahnya tidak sedikit pun merasa bimbang kerana kura-kura masih jauh di belakang.


Lalu tanpa disedari, arnab tertidur sehinggalah kura-kura dapat memintasnya. Apabila terjaga, arnab dengan lajunya memecut ke garisan penamat tetapi malangnya kura-kura terlebih dahulu sampai ke garisan penamat. Arnab malu dan menyesal dengan sikap sombongnya itu dan memohon maf daripada kura-kura



MORAL :



JANGAN SUKA MERENDAHKAN KEMAMPUAN ORANG LAIN.




Cerita ini memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa merendah diri, tidak menghina dan merendahkan kemampuan orang lain. Bak kata pepatah,



JADILAH SEPERTI PADI, MAKIN TUNDUK SEMAKIN BERISI,
JANGAN SEPERTI LALANG, MAKIN TINGGI, MAKIN SOMBONG.




Dipetik drp:


~~~Ubat hati, Siti Nor Bahyah Mahamood bersama Ida Ezyani Othman~~~

Saturday, January 9, 2010

BERISTIGFAR UNTUK MEMBERSIHKAN HATI

Dari Agharr Al-Muzni r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,


"sesungguhnya masuk kotoran ke dalam hatiku, dan sesungguhnya aku mohon ampun kepada Allah seratus kali setiap hari."


(Hr. Muslim)



Mengenai kotoran hati yang disabdakan oleh rasulullah s.a.w, para ulama dan ahli ma'rifat menjabarkannya dengan berbagai penjelasan. salah satunya adalah: perubahan yang terjadi dalam hati dan munculnya sedikit kekurangtawajuhan ( konsentrasi dan ingat) kepada Allah s.w.t dalam diri Rasulullah s.a.w disebabkan kesibukan beliau dalam mengatur urusan dakwah, jihad, dan kepentingan umat lainnya, sehingga perubahan seperti ini digambarkan oleh beliau sebagai kekotoran. Walaupun kesibukan dalam mengurus kepentingan umat, urusan dakwah dan tawajuh beliau kepada Rabbnya serta terpengaruhnya hati beliau oleh perkara-perkara tersebut digambarkan oleh beliau sebagai kotoran hati, dan untuk menghilangkannya beliau sentiasa beristighfar setiap hati maksima 70 sampai 100 kali. Maka bagaimana pentingnya orang-orang seperti kita yang setiap saat selalu berlumuran dosa dan noda agar beristighfar sebanyak mungkin setiap hari, bahkan beristighfar setiap hati itu adalah kewajipan yang harus sentiasa dilakukan.

Tuesday, January 5, 2010

aku mesti mencari

ubah...itu yang sepatutnya aku lakukan daripada dulu lagi. Kenapa la aku memeningkan kepala aku memikirkan benda yang belum pasti..........
sekarang masih belum terlambat untuk aku mencari diri aku lagi..... orang kata angan- angan 2 biasanya akan menjadi kenyataan....benarkah????
so, sekarang aku mesti dapatkan apa yang aku inginkan dari dulu lagi...



apa 2???



mcm2..... setanding dengan kekerasan n kedegilan diri ku...hwa hwa hwa...
apa yang aku perlu lakukan sekarang....kumpul semua angan-angan aku tersebut...yes!!! i can do it...lupakan segala masalah.....hidup perlu diteruskan....kurangkan segala kontroversi...kah kah...pelik2 je.....adakah ni masa yang x betul untuk aku menulis.....huhuhu..






~~~whatever~~~

Friday, January 1, 2010

PrOsEs atau HaSiL

Sebenarnya apa yang perlu kita nikmati dalam hidup ini adalah proses.


Kenapa??


Kerana yang bernilai dalam hidup ini ternyata adalah proses dan bukan hasil. Kalau hasil itu Allah yang menetapkan, tetapi kita mempunyai kewajipan untuk menikmati dua perkara yang dalam aktiviti seharian kita mesti jaga.

Setiap niat dalam apa yang kita lakukan dan hendaklah sentiasa berusaha menyempurnakan ikhtiar yang dilakukan, selebihnya terserah kepada Allah s.w.t.


Sebagai seorang pelajar, jika kita hanya ingin menikmati hasil dan gelaran pada masa akan datang, bagaimana kalau kita meninggal sebelum konvokensyen ? lebih-lebih lagi kita tidak tahu bila kita akan meninggalkan dunia ni... sebab 2 apa yang paling penting dari perkuliahan , tanya pada diri. Kalau setakat nak cari isi perut......


kata Imam Ali:

"Orang yang fikirannya hanya pada isi perut, maka darjat dia tidak jauh berbeza dengan yang keluar dari perutnya. "


Kalau hanya ingin cari wang, hanya wang, maka penjahat juga fikirannya hanya wang. Kuliah adalah suatu ikhtiar agar nilai kemanfaatan hidup kita meningkat. Kita menuntut ilmu supaya ilmu yang kita kita perolehi itu bertambah luas hingga akhirnya hidup kita boleh lebih meningkat menfaatnya. Kita tingkatkan kemampuan salah satu tujuannya adalah agar dapat meningkatkan kemampuan orang lain. Kalau selama sesi perkuliahan kita menjaga niat serta menjaga sekuat2nya mutu kehormatan, nilai kejujuran dan etika, kalaulah kita pergi sebelum konvokesyen, mungkin tidak menjadi masalah kerana apa yang kita lakukan sudah menjadi amal kebajikan. Oleh itu jangan terlalu terpukau dengan hasil.



~~~rahsia dan hikmah menangis- Ahmad Zamakhsyari~~