CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 15, 2010

KiSah A rNab yaNg SoMBonG

Pada suatu hari, arnab mengajak kura-kura untuk berlumba lari bersama. Tujuan arnab berbuat demikian adalah untuk memperlekehkan kura-kura yang berjalan terlalu lambat. Setelah pertandingan dimulakan, arnab memecut dengan pantas meninggalkan kura-kura jauh di belakang. Setelah beberapa ketika, arnab berasa penat dan berhenti berehat di bawah sepohon pokok. Dia dengan megahnya tidak sedikit pun merasa bimbang kerana kura-kura masih jauh di belakang.


Lalu tanpa disedari, arnab tertidur sehinggalah kura-kura dapat memintasnya. Apabila terjaga, arnab dengan lajunya memecut ke garisan penamat tetapi malangnya kura-kura terlebih dahulu sampai ke garisan penamat. Arnab malu dan menyesal dengan sikap sombongnya itu dan memohon maf daripada kura-kura



MORAL :



JANGAN SUKA MERENDAHKAN KEMAMPUAN ORANG LAIN.




Cerita ini memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa merendah diri, tidak menghina dan merendahkan kemampuan orang lain. Bak kata pepatah,



JADILAH SEPERTI PADI, MAKIN TUNDUK SEMAKIN BERISI,
JANGAN SEPERTI LALANG, MAKIN TINGGI, MAKIN SOMBONG.




Dipetik drp:


~~~Ubat hati, Siti Nor Bahyah Mahamood bersama Ida Ezyani Othman~~~

1 comments:

sitiNuR said...

fikir2kan....cite2 budak kecik cm ni pun banyak pengajaran yang boleh kita ambil utk kehidupan kita...